Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
OPERASI PENGUATKUASAAN TIADA LESEN PERNIAGAAN DIBAWAH UNDANG - UNDANG KECIL 3 UNDANG - UNDANG KECIL PELESENAN TRED PERNIAGAAN DAN PERINDUSTRIAN MDBBPI (PINDAAN) 2020 DI KAWASAN PANTAI IRAMA BACHOK, PANTAI MELAWI DAN KUALA GEL.
9 September 2023 - Operasi yang diketuai oleh Penolong Setiausaha MDBBPI dan Penolong Pegawai Undang - Undang MDBBPI serta kekuatan 10 anggota penguatkuasa MDBBPI telah melaksanakan satu tindakan dengan menyita 4 buah motosikal milik peniaga warga asing yang tidak memiliki Lesen Perniagaan Yang Sah dari MDBBPI.
Tindakan ke atas peniaga yang meninggal barang jualan di tapak Pantai Irama Bachok turut disita atas kesalahan Meninggalkan Barang Jualan Selepas Habis Waktu Perniagaan di mana kesalahan tersebut tertakluk dalam Undang - Undang Kecil 7(4) Undang - Undang Kecil Penjaja MDBBPI 1986.
OPERASI PENGUATKUASAAN TIADA LESEN PERNIAGAAN DAN LESEN TAMAT TEMPOH DIBAWAH UNDANG - UNDANG KECIL PELESENAN TRED PERNIAGAAN DAN PERINDUSTRIAN MDBBPI (PINDAAN) 2020 DI KAWASAN WAKAF AIK, KUBANG GOLOK, PENGKALAN PETAH DAN TAWANG.
10 September 2023 - Pihak MDBBPI telah melaksanakan satu tindakan penguatkuasaan dengan mengeluarkan notis amaran kepada peniaga yang tiada lesen perniagaan dan mengeluarkan kompaun kepada peniaga yang lesen tamat tempoh.
OPERASI PENGUATKUASAAN BERNIAGA DI KAWASAN LARANGAN DAN TIADA LESEN PERNIAGAAN DI BAWAH UNDANG - UNDANG KECIL PELESENAN TRED PERNIAGAAN DAN PERINDUSTRIAN MDBBPI (PINDAAN) 2020 DI DATARAN JPS PANTAI IRAMA BACHOK
Pihak MDBBPI telah mengeluarkan beberapa keping Notis Amaran dan Kompaun kepada peniaga yang berniaga di kawasan Dataran JPS Pantai Irama Bachok atas kesalahan Berniaga Di Kawasan Larangan dan Tiada Lesen Perniagaan.
Sesi Libat Urus Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Malaysia Bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Seluruh Malaysia Bagi Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) telah diadakan di Dewan Kristal, Aras B1, KPKT, Putrajaya..
Sesi ini diketuai oleh YBhg. Ketua Setiausaha KPKT, Datuk Wira M Noor Azman bin Taib bersama Datuk Bandar/Yang Dipertua/Setiausaha PBT dan wakil-wakil dari PBT seluruh Malaysia.