16 April 2023 - OPS BERNIAGA DIWAKTU LARANGAN DIBULAN RAMADHAN.
Operasi ini melibatkan penguatkuasaan terhadap kesalahan berniaga pada waktu larangan Undang - Undang Kecil 33 Undang - Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian MDBBPI 2019, Seksyen 10 kanun Jenayah Syariah Bil 1/2019 Negeri Kelantan : Tidak Menghormati Bulan Ramadhan dan Seksyen 52 Kanun Jenayah Syariah Bil 1/2019 Negeri Kelantan : Persubahatan.
LOKASI : KAMPUNG TELUK
BAYARAN SAGUHATI KEPADA PETUGAS UNIT KEBERSIHAN
19 April 2023 (Rabu)
28 Ramadhan 1444
BAYARAN SAGUHATI KEPADA PETUGAS UNIT KEBERSIHAN MAJLIS DAERAH BACHOK BANDAR PELANCONGAN ISLAM.
YABrs. Tuan Yang Dipertua dan YBrs. Tuan Setiausaha hadir menyampaikan saguhati kepada petugas Unit Kebersihan MDBBPI yang bertugas pada malam dan pagi Aidilfitri.
Semoga dengan sumbangan ini akan memberi keceriaan kepada mereka yang akan menjalankan tanggungjawab pada hari raya pertama. Ameen.
#mdbbpi
#bachokkubersih
#kelantankubersih
#ramadanalmubarak
MAJLIS PERPISAHAN
MAJLIS PERPISAHAN DAN PERTUKARAN YABRS. YANG DIPERTUA MAJLIS DAERAH BACHOK BANDAR PELANCONGAN ISLAM
Majlis Perpisahan Dan Pertukaran Yang Dipertua Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam, YABrs. Tuan Haji Azi Rahimee bin Haji Mohamed.
YDP bersama Setiausaha, Ketua Whip, Ahli-Ahli Majlis dalam Mesyuarat Penuh Khas dan perjumpaan bersama warga kerja MDBBPI pada hari terakhir iaitu pada 17 Ogos 2023 dan akan bertukar sebagai Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Krai yang baharu berkuatkuasa pada 20 Ogos 2023.
Setiausaha dan seluruh warga MD Bachok mengucapkan selamat maju jaya...
OPERASI PENGUATKUASAAN PENIAGA YANG TIADA LESEN
OPERASI PENGUATKUASAAN PENIAGA YANG TIADA LESEN / PERMIT PERNIAGAAN DIBAWAH UNDANG - UNDANG KECIL 3 UNDANG - UNDANG KECIL PELESENAN TRED PERNIAGAAN DAN PERINDUSTRIAN MAJLIS DAERAH BACHOK BANDR PELANCONGAN ISLAM (MDBBPI) 2019 DI PANTAI MELAWI.
10 Mei 2023 - Pihak MDBBPI telah melaksanakan satu tindakan penguatkuasaan terhadap peniaga yang berniaga tanpa lesen / permit perniagaan. 3 notis amaran dikeluarkan kepada peniaga yang tidak memilik lesen perniagaan yang sah.
OPERASI MEMBUANG BANNER HARAM
OPERASI MEMBUANG BANNER HARAM DIBAWAH UNDANG - UNDANG KECIL 8 (1) UNDANG - UNDANG KECIL IKLAN MAJLIS DAERAH BACHOK BANDR PELANCONGAN ISLAM (MDBBPI) 2019 DI SEKITAR KAWASAN TAWANG SEHINGGA KG BUDI.
11 Mei 2023 - Pihak MDBBPI telah berjaya membuang sebanyak 145 keping banner haram. Antara banner haram yang banyak dibuang adalah banner pinjaman berlesen.