Skip to main content
A- A A+

sitemap 1

phonebook

faq 6

call 2

feedback 1

Perutusan YDP

YDP Shamsul Official Portrait

YANG DIPERTUA

MAJLIS DAERAH BACHOK

Assalammualaikum W.B.T dan salam sejahtera

Alhamdulilah, saya mengucapkan syukur di atas limpah rahmat Allah s.w.t mengizinkan saya untuk merakamkan kata-kata aluan di laman web Majlis Daerah Bachok

Sebagaimana yang kita semua sedia maklum, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ditubuhkan bagi memberi perkhidmatan asas kepada para penduduk di kawasan PBT. Pada asalnya perkhidmatan asas ini merangkumi pengutipan sampah, kebersihan dan membina serta menyelenggara parit. Setelah masa berlalu dan pemodenan semakin meningkat, harapan rakyat kepada PBT bukan sekadar memberikan perkhidmatan asas tetapi merangkumi perkara-perkara yang lebih mencabar seperti urusan pembinaan bangunan, taman awam, prasarana seperti jalanraya dan longkang yang besar, perlesenan, pengurusan harta dan sebagainya.

Jadi harapan rakyat kepada PBT amatlah besar. Maka menjadi tanggungjawab kita sebagai warga PBT untuk menyahut cabaran ini dan melaksanakan tanggungjawab itu sebaik mungkin. Semoga harapan rakyat dapat dipenuhi dan kita mampu menjadikan Majlis Daerah Bachok memenuhi segala aspek sebagai Bandar Pelancongan Islam.

Sekian, terima kasih

 

“ALLAH DITAATI, RAJA DISANGJUNGI, RAKYAT DIKASIHI”
“SEMOGA ALLAH MELINDUNGI TUANKU DUNIA DAN AKHIRAT”

YABrs. Tuan Haji Shamsul bin Abu Bakar
Yang DiPertua,
Majlis Daerah Bachok,
Kelantan