Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
OPERASI PATUH SYARIAH BACHOK BANDAR PELANCONGAN ISLAM.
Operasi Bersepadu telah diadakan pada 12 April 2023 bersama Pejabat Agama Jajahan Bachok di kawasan persisiran Pantai bawah Jajahan Bachok.
OPS ini melibatkan Penguatkuasaan terhadap kesalahan berkhalwat di bawah seksyen 50(1) Kanun Jenayah Syariah Bil 1/2019 Negeri Kelantan.
19 Ramadan 1444H / 10 April 2023 (Khamis) - Pegawai dan warga Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam hadir pada Majlis Berbuka Puasa Anggota Pentadbiran Kerajaan Negeri Bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Kelantan Tahun 1444H / 2023M.
OPERASI PEMANTAUAN KEBERSIHAN, AURAT DAN PERMIT DI BAZAR RAMADHAN WAKAF AIK, BERIS KUBUR BESAR DAN PANTAI IRAMA.
Operasi telah diadakan pada 14 April 2023.
Operasi ini melibatkan Penguatkuasaan terhadap kesalahan di bawah Undang - Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan Dan Perindustrian Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam 2019.
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
OPERASI PEMANTAUAN KEBERSIHAN, AURAT DAN PERMIT DI BAZAR RAMADHAN JELAWAT, GUNONG, PENGGAWA TELONG & KG BADAK.
Operasi telah diadakan pada 31 Mac 2023.
Operasi ini melibatkan Penguatkuasaan terhadap kesalahan di bawah Undang - Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan Dan Perindustrian Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam 2019.
Bahagian Kerajaan Tempatan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan
16 April 2023 - OPS BERNIAGA DIWAKTU LARANGAN DIBULAN RAMADHAN.
Operasi ini melibatkan penguatkuasaan terhadap kesalahan berniaga pada waktu larangan Undang - Undang Kecil 33 Undang - Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian MDBBPI 2019, Seksyen 10 kanun Jenayah Syariah Bil 1/2019 Negeri Kelantan : Tidak Menghormati Bulan Ramadhan dan Seksyen 52 Kanun Jenayah Syariah Bil 1/2019 Negeri Kelantan : Persubahatan.
LOKASI : KAMPUNG TELUK