Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗔𝗝𝗨 𝗝𝗔𝗬𝗔 & 𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛
Seluruh Warga Kerja Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YABrs. Tuan Haji Azi Rahimee bin Haji Mohamed atas khidmat bakti yang telah dicurahkan serta sokongan padu sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sebagai Yang Dipertua Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam.
MAJLIS PERASMIAN HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN PERINGKAT NEGERI KELANTAN TAHUN 2023 / 1444H
Majlis Perasmian HPPNK 2023 yang berlangsung pada 15 Jun 2023 pada pukul 10.00 pagi di Perkarangan Pantai Irama, Bachok, Kelantan telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad bin Yakob, Menteri Besar Kelantan.
Seusai acara di pentas utama, YAB Menteri Besar terus mengadakan lawatan ke khemah-khemah penjual dan pameran dari pelbagai agensi. Beliau turut diiringi oleh YB’ Tuan Mohd Saripudin bin Tuan Ismail (Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau
dan Alam Sekitar Negeri Kelantan), YB Dato’ Haji Abdul Fattah bin Mahmood (Timbalan Speaker DUN Kelantan), YB Mejar (B) Dato' Haji Md Anizam Ab Rahman (Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri Kelantan) dan YABrs. En. Mohamad Nazwan bin Ismail (Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Kelantan).
Turut bersama ialah YB Dato’ Idham bin Abdul Ghani (Penasihat Undang - Undang Negeri Kelantan), YM Dato’ Tuan Zainal Abidin bin Tuan Yusuf (Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan) mewakili YB Dato’ Kaya Setia Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan dan YABrs, Ketua Jajahan Bachok merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Bachok-BPI, YABrs. Tuan Haji Azi Rahimee bin Haji Mohamed.
SEKALUNG TAHNIAH
Tahniah diucapkan kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam, YABrs. Tuan Haji Mohd Anis bin Hussein dan Setiausaha Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam, YBrs. En. Wan Ahmad Suwaidi bin Zainal Abidin atas pelantikan ini.
Kami berharap Bandaraya Islam dan Bandar Pelancongan Islam menjadi contoh dari segi aspek kualiti masyarakat, kebersihan dan budaya yang baik agar PBT sentiasa harmoni dan mesra rakyat.