Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
BERITA
PANORAMA PANTAI IRAMA
- Fatwa
- Berita Terkini
RM4 JUTA DIPERUNTUKKAN, PANORAMA PANTAI IRAMA BERUBAH WAJAH
Setiausaha Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam (MDBBPI) Mohd Ezazee Mohd Embong berkata, kerajaan negeri telah memperuntukkan RM2.5 juta bagi kerja-kerja menaiktaraf prasarana pelancongan dan lain-lain kerja berkaitan di Pantai Irama yang dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Kelantan.
Sementara itu katanya, kerajaan negeri juga turut menyalurkan peruntukan kepada MDBBPI sebanyak RM240,000 bagi kerja menaiktaraf landskap dan pencahayaan di Pantai Irama serta RM150,000 bagi kerja menaiktaraf landskap dan pemasangan lampu hiasan bagi keindahan dan keceriaan Bandar Bachok.
"Selain peruntukan daripada kerajaan negeri, Kerajaan Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) turut menyumbang RM700,000 bagi kerja menaiktaraf tapak pasar malam dan kemudahan berkaitan di kawasan pasar malam Pantai Irama.
Manakala bagi kerja menaiktaraf landskap awam Pantai Irama seperti wakaf istirehat, laluan pejalan kaki, lampu solar dan taman permainan kanak-kanak pula dibiyai oleh Jabatan Landskap Negara (JLN) sebanyak RM500,000," katanya ketika dihubungi pihak media Urus Setia Penerangan dan Komunikasi Negeri Kelantan (UPKN), semalam.
Tambah beliau lagi, selain menjadikan Pantai Irama sebagai tempat rekreasi dan menjadi pilihan utama kepada orang awam untuk beriadah dan menikmati suasana pantai yang cantik, bersih dan selamat.
"Tujuan utama projek naiktaraf kawasan tersebut adalah untuk menjadikannya sebagai satu destinasi tarikan pelancong dalam dan luar negeri," katanya ketika dihubungi pihak media UPKN, semalam.
Kredit foto: Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam (MDBBPI) & Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Kelantan