Skip to main content
A- A A+

sitemap 1

phonebook

faq 6

call 2

feedback 1

Operasi Penguatkuasaan Kedai Warga Asing

Kedai%20warga%20asing

BACHOK- 12/7/2026, Bahagian Penguatkuasaan Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam (MDBBPI) telah melaksanakan satu operasi penguatkuasaan terhadap sebuah premis/kedai runcit yang beroperasi tanpa lesen dan ianya disyaki adalah milik warga asing di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Long Yunus.
Hasil pemantauan mendapati premis berkenaan masih menjalankan aktiviti perniagaan tanpa memiliki lesen perniagaan yang sah daripada pihak majlis. Sebelum tindakan penguatkuasaan diambil, pemilik premis telah diberikan beberapa kali amaran lisan termasuk dikenakan kompaun sebanyak tiga (3) kali atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen. Walau bagaimanapun, pemilik premis masih gagal mematuhi arahan dan tidak mengambil tindakan untuk mendapatkan lesen perniagaan sebagaimana yang ditetapkan.
Sehubungan dengan itu, pihak Unit Penguatkuasaan MDBBPI telah menjalankan tindakan sitaan dan rampasan terhadap barangan perniagaan di premis tersebut mengikut peruntukan undang-undang Kecil 3 Undang - Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian MDBBPI (Pindaan) 2025
Tindakan penguatkuasaan ini dilaksanakan bagi memastikan semua peniaga mematuhi peruntukan undang-undang serta syarat pelesenan yang ditetapkan oleh Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam (MDBBPI).