Banteras Iklan haram

16 Julai 2026 - Bahagian Penguatkuasa Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam (MDBBPI) telah melaksanakan Operasi Menurunkan Iklan/Banner tanpa kebenaran di sekitar kawasan pentadbiran Majlis Daerah Bachok.
Operasi ini telah disertai oleh seramai tujuh (7) orang anggota penguat kuasa. Operasi dijalankan bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan berkaitan pemasangan bahan iklan serta mengawal pemasangan banner tanpa kebenaran di kawasan awam.
Hasil operasi mendapati terdapat beberapa iklan/ banner yang dipasang tanpa kelulusan pihak majlis. Sebanyak enam puluh (60) keping iklan tanpa kebenaran telah berjaya diturunkan oleh pihak Majlis dibawah Undang - Undang Kecil 8 (1) Undang - Undang Kecil Iklan (MDBBPI) 2019
Bahagian Penguatkuasa MDBBPI akan meneruskan operasi pemantauan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi memastikan kawasan pentadbiran Majlis Daerah Bachok sentiasa teratur, bersih dan mematuhi peruntukan undang-undang kecil yang berkuat kuasa.