Skip to main content
A- A A+

sitemap 1

phonebook

faq 6

call 2

feedback 1

Operasi Bersepadu Membanteras Peniaga Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)

Pendatang

BACHOK, 13 Jun 2026 – Unit Penguatkuasaan Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam (MDBBPI) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melaksanakan Operasi Bersepadu Membanteras Peniaga Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI). Operasi bersasar ini difokuskan di sekitar kawasan persisiran pantai Bachok bagi mengekang aktiviti perniagaan tanpa izin yang menjejaskan keharmonian setempat.
Hasil serbuan mengejut tersebut, pihak berkuasa telah mengambil tindakan tegas seperti berikut:
1.Sitaan Kenderaan: Motosikal milik peniaga asing telah disita serta-merta kerana digunakan untuk menjalankan aktiviti perniagaan haram.
2.Tindakan Kompaun: Kompaun kesalahan telah dikeluarkan atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah.
Tindakan perundangan ini diambil di bawah peruntukan Undang-Undang Kecil 3, Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Perniagaan dan Perindustrian (Pindaan) MDBBPI 2025. Sebelum tindakan drastik ini dilaksanakan, pihak MDBBPI telah pun mengeluarkan amaran awal kepada penjaja terbabit, namun sikap ingkar dan kedegilan mereka yang tetap meneruskan operasi perniagaan memaksa tindakan sitaan serta-merta dilakukan.Langkah penguatkuasaan yang tegas dan berterusan ini mencerminkan komitmen MDBBPI dalam menegakkan undang-undang kecil daerah. Selain itu, ia bertujuan untuk melindungi kebajikan serta hak peniaga tempatan yang sah, di samping mengekalkan imej bersih, selamat, dan harmoni di kawasan pusat pelancongan Islam ini