Skip to main content
A- A A+

sitemap 1

phonebook

faq 6

call 2

feedback 1

BACHOK BIZ & FOOD FEST 2026 MERIAHKAN PASAR BANDAR BARU JELAWAT

773472879 1498620288970209 6216897036705656567 N

 

BACHOK, 1 Ogos 2026 – Program Bachok Biz & Food Fest 2026 telah berlangsung dengan meriah di Pasar Bandar Baru Jelawat, Bachok, sebagai satu platform bagi memperkukuh ekosistem keusahawanan, mempromosikan produk tempatan serta merancakkan aktiviti ekonomi masyarakat setempat.
Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh YB Mejar (B) Dato’ Mohd Anizam bin Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Sumber Manusia, Perdagangan dan Keusahawanan Negeri Kelantan.
Penganjuran Bachok Biz & Food Fest 2026 bukan sahaja memberi peluang kepada usahawan dan peniaga tempatan memperkenalkan produk serta perkhidmatan mereka, malah menjadi medium untuk memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi kerajaan, pemain industri dan komuniti.
Pelbagai aktiviti dan produk menarik turut diketengahkan sepanjang program, sekali gus memberikan pengalaman kepada pengunjung untuk membeli, menikmati dan menyokong produk tempatan.
Semoga penganjuran program seumpama ini dapat diteruskan sebagai salah satu usaha menjadikan Bachok sebagai destinasi ekonomi dan keusahawanan yang lebih dinamik, selari dengan aspirasi Bachok Bandar Pelancongan Islam.
Beli Lokal • Sokong Usahawan • Semarak Ekonomi Bachok 💚