PANTAI SENOK BAKAL DIPERKASA SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN BACHOK

Berita baik buat warga Bachok!
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) meneruskan komitmen memperkasa kemudahan pelancongan di Pantai Senok melalui perancangan projek menaik taraf kemudahan di bawah Rolling Plan Kedua, Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RP2, RMKe-13).
Lawatan kerja oleh Ketua Setiausaha MOTAC, YBhg. Datoβ Shaharuddin bin Abu Sohot, turut memberi tumpuan kepada aspek kualiti, keselesaan dan keselamatan kemudahan pengunjung.
Usaha ini pastinya menjadi perkembangan positif dalam memperkukuh potensi Pantai Senok sebagai salah satu destinasi pelancongan menarik di Bachok, di samping memberi manfaat kepada komuniti dan merancakkan ekonomi setempat. 
