Soalan Lazim
- Super User
- FAQ
Soalan 1
Apakah perkhidmatan utama yang disediakan oleh Majlis Daerah Bachok kepada pelanggan
Jawapan.
Anda akan perolehi :
- Perkhidmtan Cukai Pintu
- Perkhidmatan Bayaran perlesenan (perniagaan, iklan)
- Kelulusan pelan bangunan / ulasan teknikal tanah / kebenaran merancang tanah
- Sewaan kedai / gerai.
- Pendaftaran kontraktor.
Soalan 2.
Jika saya salah seorang pembayar cukai pintu, apakah keistimewaan yang akan saya perolehi dari MDB?
Jawapan
Anda akan perolehi :
- Penyedaran tanggungjawab
- Tugasan rakyat dalam PBT seluruh dunia termasuk negara kita.
- Kelulusan dalam akta Kerajaan Tempatan 171.
- Sebahagian tugasan kerajaan bawah Kementerian Kewangan – sumber pendapatan negara.
Soalan 3
Apa yang perlu saya lakukan sekiranya jumlah wang tunggakan dalam bil diluar kemampuan saya untuk membayar?
Jawapan
Sekiranya bayaran penuh tidak dapat dijelaskan, maka dalam kes-kes tertentu bayaran ansuran boleh dilakukan.
Soalan 4
Adakah kesemua PBT di Malaysia terletak di bawah bidang tugas Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)?
Jawapan
Kesemua PBT terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri masing-masing. Bidang tugas KPKT adalah untuk menyelaras PBT-PBT tersebut dari segi penyeragaman dasar dan perundangan, memberi khidmat nasihat termasuk khidmat nasihat teknikal dan penyaluran peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.
Soalan 5
Bagaimana orang ramai boleh membuat aduan mengenai isu/masalah yang dihadapi di dalam kawasan PBT
Jawapan
Orang ramai boleh membuat aduan terus kepada PBT yang berkenaan ataupun kepada KPKT..
Soalan 6
Apakah sampah pukal (tilam, almari buruk dan sebagainya) di pungut seperti mana kekerapan pungutan sampah biasa?
Jawapan
Sampah pukal di pungut sekali seminggu sahaja.
Soalan 7
Jika pihak yang di pertanggungjawabkan tidak melaksanakan kerja-kerja pembersihan sampah, apakan tindakan yang boleh diambil oleh penguna atau orang ramai?
Jawapan
Pihak Penguna boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan berhampiran untuk membolehkan tindakan pembersihan dijalankan secepat mungkin.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila emailkan kepada mdbachok [at] kelantan.gov.my