Cukai Taksiran
Cukai Taksiran
- Super User
- Cukai Taksiran
1. Definisi Cukai Taksiran dan siapa dan mengapa dikenakan
Apa dia cukai taksiran
- Cukai taksiran atau cukai pintu amnya dikenakan kepada semua pegangan (harta) yang terletak didalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah Bachok. Ianya merupakan cukai keatas perkhidmatan Bandar yang disediakan secara langsung kepada pemilik-pemilik peganagn (harta) di kawasan Majlis, sebagaimana AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976, AKTA 171..
Apakah asas yang digunakan dalam mengenakan cukai taksiran ke atas sesuatu pegangan (harta)
- Ada dua asas yang diperuntukan oleh perundangan (Akta Kerajaan Tempatan 1976) iaitu "nilai tahunan" dan "nilai tambahan". Pengunaan antara dua asas taksiran ini adalah terletak kepada pilihan Penguasa Tempatan itu sendiri setelah mendapat persetujuan dari Pihak Berkuasa Negeri.
Siapa yang patut membayar cukai taksiran
- Tuan punya pegangan
- Penyewa (sekiranya perjanjian kepada penyewa)
Mengapa dikenakan cukai taksiran ]
- Sesuatu pegangan (harta) itu dikenakan cukai taksiran apabila terletak dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. Sebagaimana AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976.
- Sebahagian dari percukaian negara yang dikenakan kepada rakyat didalam sesuatu kawasan PBT.
2. Kategori harta-harta yang dekenakan dan dikecualikan
Apakah pegangan (harta) yang boleh dikenakan cukai taksiran
- Menurut syeksyen 2 Akta Kerajaan Tempatan 1976, pegangan (harta) bererti mana-mana tanah yang ada atau tidak ada bangunan diatasnya, yang dipegang dibawah satu hakmilik yang berasingan dan mengenai bangunan-banguna yang pecah bahagi, artinya harta bersama dan mana-mana petaknya. Antaranya;
* Rumah Kediaman
* Rumah Kedai
* Ban Tembakau
* Kilang-kilang
* Panggung Wayang
* Hotel
* Stesen Minyak
* Lain-lain premis kekal dan separa kekal
Apakan pegangan (harta) yang dikecualikan dari dikenakan cukai taksiran
- Tempat awam untuk sembahyang
- Tanah perkuburan atau krematorium awam yang berlesen
- Bagi sekolah awam
- Tempat awam bagi maksud khairat atau bagi maksud sains, sastera atau seni halus.
- Dengan ertikata lain ialah pegangan (harta) yang dibina bukan untuk perniagaan.