Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
enms
      Warna1   Warna2   Warna3      
A- A A+
seperator2 faq3 seperator2 Hubungi Kami2 seperator2 maklumbalas3 seperator2 petalaman3 seperator2

IKLAN JAWATAN KOSONG J41

User Rating: 5 / 5

Star ActiveStar ActiveStar ActiveStar ActiveStar Active
 

 

MAJLIS DAERAH ACHOK

BANDAR PELANCONGAN ISLAM

 

IKLAN JAWATAN KOSONG

 

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk memohon jawatan di Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam, 16300 Bachok Kelantan sebagaimana berikut:

JAWATAN : JURUTERA J41

 

KLASIFIKASI : KEJURUTERAAN

No. Fail : MDB 199/33/10 (1)

PERKHIDMATAN KUMPULAN PERKHIDMATAN : PENGURUSAN DAN PROFESIONAL

TARAF JAWATAN : KONTRAK (CONTRACT FOR SERVICES)

GRED JAWATAN / GAJI : GAJI MINIMUM RM2,529.00 – GAJI MAKSIMUM RM9,643.00

KENAIKAN GAJI TAHUNAN : RM225.00.

 

 

SYARAT LANTIKAN

(1) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

(a) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yamg diiktiraf setaraf dengannya.

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Ringkasan Tugas :

Umum: Bertanggungjawab merancang dan menyelaras pembangunan khidmat kejuruteraan awam, aktiviti peningkatan mutu perkhidmatan kejuruteraan awam/ elektrik/ elektrikal/ mekanikal dan projek-projek khas.

Khusus: Akan ditetapkan oleh jabatan mengikut keperluan perkhidmatan dan tugas. Melaksanakan penyelenggaraan dan pembaikan ke atas semua bangunan dan kemudahan awam serta mengawasi aspek kejuruteraan.

Keutamaan akan diberikan kepada (i) calon yang mempunyai kelayakan dalam bidang Kejuruteraan Sivil

Cara Memohon :

  1. Semua permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan Jawatan MDBBPI.1 berharga RM3.00 atau mengirim sampul beralamat sendiri berukuran 32 cm x 22 cm beserta wang pos bernilai RM3.00 di atas nama Yang Dipertua Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam serta setem ke alamat berikut atau boleh diperolehi di Bahagian Pentadbiran Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam, 16300 Bachok, Kelantan..
  1. Permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada:

YANG DIPERTUA

MAJLIS DAERAH BACHOK BANDAR PELANCONGAN ISLAM,

16300 BACHOK KELANTAN

  1. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.
  1. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

 

Tarikh tutup permohonan:               2 September 2021 sebelum jam 12.00 tengahari

Image

Majlis Daerah Bachok, Bandar Pelancongan Islam
16300 Bachok,
Kelantan Darul Naim.
Tel : 09 - 7787636
Faks : 09 - 7789533
e-mel : mdbachok@kelantan.gov.my

Borang Maklumbalas :

Klik Disini

Undian Anda

Adakah anda berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pihak Majlis Daerah Bachok?

Kaunter Pelawat

Today23
Yesterday23
This week93
This month409
Total7443

2024-04-18
  • Kemaskini Terakhir: Tuesday 26 March 2024, 12:13:36.
© Copyright 2024 Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam.
All Rights Reserved.

Search