Skip to main content
A- A A+

sitemap 1

phonebook

faq 6

call 2

feedback 1

𝖯𝖀𝖭𝖴𝖳𝖴𝖯𝖠𝖭 𝖳𝖀𝖬𝖯𝖠𝖳 𝖯𝖀𝖬𝖑𝖴𝖠𝖭𝖦𝖠𝖭 𝖲𝖠𝖬𝖯𝖠𝖧 𝖑𝖴π–ͺ𝖨𝖳 𝖬𝖠𝖱𝖠π–ͺ: 𝖳𝖨𝖭𝖣𝖠π–ͺ𝖠𝖭 𝖳𝖀𝖦𝖠𝖲 𝖳𝖀𝖱𝖧𝖠𝖣𝖠𝖯 𝖨𝖭𝖣𝖨𝖡𝖨𝖣𝖴 𝖸𝖠𝖭𝖦 𝖬𝖀𝖫𝖠𝖭𝖦𝖦𝖠𝖱 𝖠𝖱𝖠𝖧𝖠𝖭

Bachok, 16 Februari - Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam telah mengambil langkah tegas dengan menutup tempat pembuangan sampah di Bukit Marak, Bachok, Kelantan. Bagi memastikan kebersihan dan kelestarian alam sekitar terjaga. Notis penutupan telah pun digantung pada 28 Januari 2025 sebagai peringatan kepada orang awam agar tidak lagi membuang sampah di kawasan tersebut.

Namun, masih terdapat segelintir individu yang tidak bertanggungjawab dan terus membuang sampah di lokasi berkenaan tanpa mematuhi arahan pihak berkuasa. Tindakan ini bukan sahaja mencemarkan persekitaran tetapi juga boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam menegaskan bahawa mana-mana individu yang didapati membuang sampah di kawasan tersebut boleh dikenakan denda sehingga RM2,000 sebagai langkah pencegahan dan penguatkuasaan terhadap pencemaran alam sekitar.

notis penutupan tempat pembuangan sampah  notis penutupan tempat pembuangan sampah 2