Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
BERITA
RONDAAN DAN LAWATAN
- Fatin
- Berita Terkini
RONDAAN DAN LAWATAN KE TAPAK-TAPAK PUNCA UTAMA MASALAH BANJIR DI JAJAHAN BACHOK
Ketua Jajahan Bachok merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam YABrs. Haji Shamsul Abu Bakar meninjau dan melakukan rondaan di kawasan takungan air hujan yang menjadi punca banjir dan limpahan air yang mendadak di Jajahan Bachok. Kawasan tumpuan yang dilawati adalah Taman Bator Harmoni, Kg. Budi dan Padang Melintang. Beberapa kawasan yang terjejas juga menjadi tumpuan YABrs. Ketua Jajahan Bachok untuk diselesaikan seberapa segera.
Hadir sama ADUN Jelawat YB Zameri Mat Nawang, ADUN Tawang YB Ustaz Harun Ismail, Ketua Polis Daerah Bachok Supt. Mohamad Ismail Jamaluddin, Jurutera Jajahan JPS Bachok YBrs. Ts. Mohd Farid Mohd Fauzi, Pegawai JKM Bachok YBrs. En. Zulfikri Abd Wahab, Ketua APM Bachok YBrs. Mohd Faizal Mohamed, wakil Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam, YBrs. Penggawa-Penggawa dan Penghulu-Penghulu.
Turut hadir YABrs. Pengarah IADA. Pada tinjauan ini YABrs. Ketua Jajahan Bachok merangkap Pengerusi Pengurusan Bencana Jajahan Bachok mendapati perlu adanya langkah-langkah proaktif oleh semua agensi bagi memastikan takungan air di beberapa kawasan mempunyai saliran yang baik dan berharap penambahbaikan akan dilakukan seberapa segera bagi memastikan rakyat di Jajahan Bachok dapat menghindari sebarang kemungkinan yang akan berlaku di masa akan datang dan penyelesaian jangka panjang mesti dilakukan seberapa segera.
Taklimat ringkas diberikan oleh Jurutera Jajahan JPS Bachok yang telah mengenalpasti punca utama masalah air bertakung dan banjir di Bachok bagi penyelesaian segera.
Kami MDBBPI menyanjung tinggi komitment yang diberikan oleh semua jabatan di Jajahan Bachok bagi menyelesaikan masalah di musim tengkujuh ini dan memastikan pembangunan di Bachok tidak menjejaskan ekosistem dan alam di jajahan bertuah ini.