Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
BERITA
KUNJUNGAN ROMBONGAN DARI MAJLIS PERBANDARAN KUALA KANGSAR
- Fatwa
- Berita Terkini
π’ππππππ£ πππ£πππ ππ πππππππ ππππππ
πΌπ°πΉπ»πΈπ πΏπ΄ππ±π°π½π³π°ππ°π½ πΊππ°π»π° πΊπ°π½πΆππ°π, πΏπ΄ππ°πΊ
Hari ini pihak Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam (MDBBPI) dan Pejabat Tanah Dan Jajahan Bachok (PTJB) telah menerima kunjungan rombongan dari Majlis Perbandaran Kuala Kangsar (MPKK), Perak.
Rombongan ini diketuai oleh Setiausaha MPKK, YBrs. Haji Saiful Azli Mohamed Nor dan Ketua WHIP Ahli Majlis MPKK, YBrs. En. Azizul Rahim Abdul Rahman dan disambut oleh Yang Dipertua MDBBPI, YABrs. Haji Shamsul Abu Bakar, Setiausaha MDBBPI, YBrs. En. Mohd Ezazee Mohd Embong dan Ketua Penolong Ketua Jajahan (Pembangunan) PTJB, YBrs. En. Zulkarnean Isa serta pegawai-pegawai MDBBPI dan PTJB.
Antara lokasi yang dilawati adalah Kraf Atap Singghora, Tanjung Pauh dan Pantai Irama. Kami berbesar hati bertemu dengan Kak Noraini yang merupakan pemilik Kraf Atap Singghora yang beroperasi hampir 200 tahun melalui beberapa generasi.
Kami dari MDBBPI mengucapkan setinggi terima kasih dan penghargaan atas kunjungan ini dan berharap ukhwah sentiasa terjalin antara PBT.