Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
BERITA
ᴋᴏɴᴠᴇɴꜱʏᴇɴ ɪɴᴛᴇɢʀɪᴛɪ
- Fatwa
- Berita Terkini
ᴋᴏɴᴠᴇɴꜱʏᴇɴ ɪɴᴛᴇɢʀɪᴛɪ ᴘᴇʀɪɴɢᴋᴀᴛ ɴᴇɢᴇʀɪ ᴋᴇʟᴀɴᴛᴀɴ ᴛᴀʜᴜɴ 2023
𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇 𝐌𝐃𝐁𝐁𝐏𝐈
Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam (MDBBPI) telah menerima Anugerah Pengauditan Amalan Nilaian i-Span Peringkat Negeri Kelantan.
Menerima anugerah ini adalah Yang Dipertua MDBBPI, YABrs. Haji Shamsul Abu Bakar. Hadir sama Setiausaha MDBBPI, YBrs. En. Mohd Ezazee Mohd Embong dan pegawai-pegawai MDBBPI.
Turut bersama Timbalan Menteri Besar Kelantan, YB. Dato’ Dr. Mohamed Fadzli Dato’ Hassan dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, YB. Dato’ Kaya Setia Datuk Haji Nazran Muhammad.
Melalui konvensyen ini, Menteri Besar Kelantan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato' Mohd Nassuruddin Daud menyeru penjawat awam Kelantan mempertahankan integriti yang sudah 33 tahun diamalkan.
Katanya integriti ialah ihsan yakni kesedaran seolah-oleh melihat Allah dengan mata hati iaitu berasa sentiasa dilihat oleh Allah SWT.
Sifat mahmudah tersebut melahirkan individu yang tulus kerana yakin setiap amalannya bakal dihitung hatta sebesar zarah.
"Konsep integrasi yang lebih besar ialah ketepatan waktu dan penyampaian maklumat sahih serta pergaulan murni sesama rakan sekerja.
Lawannya ialah sifat mazmumah iaitu pecah amanah atau khianat.
Penjawat awam menggalas amanah memberi perkhidmatan terbaik kepada pemegang taruh dan rakyat.
10870 staf perkhidmatan awam Kelantan beri impak besar dalam pengurusan hal ehwal tanah, sumber manusia dan sektor ekonomi.
Oleh itu, program Ubudiyah, Mas'uliyah dan Itqan (UMI) saban minggu dilaksanakan di setiap jabatan.
Sekali gus membuktikan Kerajaan Kelantan sangat serius memperkasakan budaya kerja berintegriti," katanya ketika merasmikan Konvensyen Integriti Kelantan 2023 di Dewan Tok Guru Dato' Bentara Setia, hari ini.
Beliau juga menyeru penjawat awam Kelantan menyertai program Diploma Tasawur Islam di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).
Menurutnya, program tersebut mampu menambah kecekapan, keilmuan dan kefahaman agama penjawat awam.