Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
BERITA
ᴋᴇᴊᴏʜᴀɴᴀɴ ʙᴏʟᴀ ꜱᴇᴘᴀᴋ
- Fatwa
- Berita Terkini
𝐌𝐃𝐁𝐁𝐏𝐈 𝐉𝐔𝐀𝐑𝐀!
ᴋᴇᴊᴏʜᴀɴᴀɴ ʙᴏʟᴀ ꜱᴇᴘᴀᴋ 7 ꜱᴇʙᴇʟᴀʜ ᴘᴇɴɢᴜᴀᴛᴋᴜᴀꜱᴀ ᴘʙᴛ ɴᴇɢᴇʀɪ ᴋᴇʟᴀɴᴛᴀɴ
TAHUN 2023
26 Oktober 2023, Khamis - Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Penguatkuasa PBT Negeri Kelantan ini julung kali diadakan pada Tahun 2014 dan di teruskan kali kedua pada 2016. Kejohanan ini tertangguh selama beberapa tahun lantaran musibah COVID19. Kejohanan ini diadakan lagi pada tahun 2023 buat kali ketiga. Kejohanan Bola Sepak 7 sebelah antara Penguatkuasa PBT - PBT Negeri Kelantan telah diadakan di Padang Perdana, Jalan Mahmood, Bandar Kota Bharu, Kelantan.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesihatan, Perumahan Dan Alam Sekitar Negeri Kelantan, YB. Ustaz Abd Rahman bin Yunus dan turut disertai oleh Setiausaha Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam, YBrs. En. Wan Ahmad Suwaidi bin Zainal Abidin, dan warga MPKB-BRI.
Perasmian penutup dan Penyampaian Hadiah utama serta Piala Pusingan Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah Antara Penguatkuasa-Penguatkuasa PBT Negeri Kelantan telah disampaikan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam, YABrs. Tuan Haji Mohd Anis bin Hussein
Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan dan disiplin dalam sukan yang perlu ada dalam setiap pegawai penguatkuasa. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Aktiviti yang diadakan dalam program ini adalah bertujuan agar sifat kerjasama dalam setiap peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh setiap cabaran yang mendatang.Selain dari itu program ini juga dapat memberikan inspirasi kepada setiap pasukan meracang strategi dalam memburu kemenangan serta piala yang dipertandingkan. Kejohanan Bola Sepak 7 sebelah Penguatkuasa PBT Kelantan ini disertai 12 pasukan bertanding melibatkan 12 PBT di Kelantan.
Pertandingan ini adalah satu aktiviti yang dianjurkan oleh kelab bolasepak, Penguatkuasa MPKB-BRI sebagai acara Dwi tahunan bagi menjalinkan hubungan ukhuwah yang lebih erat dikalangan Pihak Berkuasa Tempatan seluruh negeri Kelantan. Aktiviti ini diadakan selaras dengan kehendak kerajaan negeri berteraskan Membangun Bersama Islam yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi melalui penyertaan dalam bidang sukan.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam kerana menjuarai Kejohanan Bola Sepak 7 sebelah, tempat kedua Majlis Daerah Pasir Mas dan Majlis Daerah Tumpat telah mendapat tempat ketiga (menang bersama Majlis Daerah Jeli).
Kami pihak MDBBPI mengucapkan setinggi penghargaan kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam selamu tuan rumah kejohanan dan semua PBT Negeri Kelantan atas ukhwah dan semangat kesukanan yang tinggi.
Harapan kami agar PBT Negeri Kelantan terus maju dan unggul di beberapa peringkat tertinggi.