Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
BERITA
OPERASI BERSEPADU
- Fatin
- Berita Terkini
OPERASI BERSEPADU PENCEGAHAN PEMINJAM WANG HARAM (OP VULTURE) BERSAMA PDRM & RELA
27 Jun 2023 - “Ops Vulture” telah dijalankan di sekitar kawasan premis perniagaan di bawah pentadbiran Bachok yang berlangsung dengan jayanya. Antara objektif perlaksanaan operasi tersebut ialah menurunkan banner iklan pinjaman wang yang tidak berlesen di kawasan pentadbiran Bachok, mencegah orang awam dan masyarakat daripada terlibat dalam kes pinjaman “Ah Long”,mengedarkan risalah dan flyer kepada orang ramai untuk memberi input dan informasi mengenai trend peningkatan jenayah komersil, memastikan tiada risalah banner yang berkaitan dengan aktiviti pinjaman wang di sekitar Bachok.
Dalam tempoh perlaksanaan operasi tersebut 156 keping banner, stiker dan iklan tanpa lesen berunsurkan tawaran pinjaman wang dalam pelbagai saiz dan bentuk. Kesemua banner/stiker diserahkan kepada Unit Penguatkuasa Majlis Daerah Bachok untuk dilupuskan. Operasi seperti ini akan diteruskan lagi bagi membanteras kes-kes jenayah komersil disamping memberi pendedahan dan kesedaran ke atas orang ramai dari menjadi mangsa penipuan dan mangsa “Ah Long”.