Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
BERITA
OPERASI PENGUATKUASAAN TIADA LESEN PERNIAGAAN
- Fatwa
- Berita Terkini
OPERASI PENGUATKUASAAN TIADA LESEN PERNIAGAAN DIBAWAH UNDANG - UNDANG KECIL 3 UNDANG - UNDANG KECIL PELESENAN TRED PERNIAGAAN DAN PERINDUSTRIAN MDBBPI (PINDAAN) 2020 DI KAWASAN PANTAI IRAMA BACHOK, PANTAI MELAWI DAN KUALA GEL.
9 September 2023 - Operasi yang diketuai oleh Penolong Setiausaha MDBBPI dan Penolong Pegawai Undang - Undang MDBBPI serta kekuatan 10 anggota penguatkuasa MDBBPI telah melaksanakan satu tindakan dengan menyita 4 buah motosikal milik peniaga warga asing yang tidak memiliki Lesen Perniagaan Yang Sah dari MDBBPI.
Tindakan ke atas peniaga yang meninggal barang jualan di tapak Pantai Irama Bachok turut disita atas kesalahan Meninggalkan Barang Jualan Selepas Habis Waktu Perniagaan di mana kesalahan tersebut tertakluk dalam Undang - Undang Kecil 7(4) Undang - Undang Kecil Penjaja MDBBPI 1986.