Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
enms
      Warna1   Warna2   Warna3      
A- A A+
seperator2 faq3 seperator2 Hubungi Kami2 seperator2 maklumbalas3 seperator2 petalaman3 seperator2

BICARA AGAMA

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive
 

Pic2

 

 

BACHOK- Pada6 dan 7 Mac 2018 telah berlangsungnya “Program Bicara Agama” anjuran Sekolah Maahad Yakubiah Nipah(MAYA) dengan kerjasama Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam (MDBBPI).

 

Program ini telah berlangsung selama 2 hari dan bertempat di Tapak Pasar Tani, Bachok. Program Bicara Agama telah menjemput penceramah-penceramah yang hebat lagi mantap untuk menarik minat masyarakat khususnya penduduk di daerah Bachok.Tambahan itu, program ini telah diadakan dua sesi iaitu forum perdanadanceramah motivasi.

 

Pada malam pertama, telah berlangsungnya forum perdana yang bertajuk “Cabaran Pendidikan Islam Alaf Baru”yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Dasuki bin Abdul Rani dan YB Hajjah Mumtaz binti Mohd Nawi. Seterusnya, Pada malam kedua pula berlangsungnya ceramah motivasi yang bertajuk “Sekolah Bahagia, Keluarga Bahagia” yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Ebit Liew.

 

Program ini bertujuan untuk membincangkan isu-isusemasa yang berlaku dalam kalangan masyarakat masa kini. Tambahan lagi, program ini dapat memberi pengetahuan ilmu agama kepada seluruh masyarakat khususnya penduduk-penduduk di sekitar daerah Bachok. Seterusnya, program seperti ini dapat memberi kesan yang positif kepada masyarakatdalam menimba ilmu pengetahuan dan dapat membentuk masyarakat kearah yang lebih cemerlang, berakhlak mulia dan bersahsiah tinggi.

 

Objektif program ini adalah dapat memupuk kesedaran yang tinggi tentang ilmu keagamaan dalam kalangan masyaraka dan memastikan seluruh komuniti bersatupadu untuk menjaga kelestarian dan kecerian daripada program yang dianjurkan.

 

Kesimpulannya, program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat setempat dan berjalan dengan jayanya seperti yang telah dirancang. Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Image

Majlis Daerah Bachok, Bandar Pelancongan Islam
16300 Bachok,
Kelantan Darul Naim.
Tel : 09 - 7787636
Faks : 09 - 7789533
e-mel : mdbachok@kelantan.gov.my

Borang Maklumbalas :

Klik Disini

Undian Anda

Adakah anda berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pihak Majlis Daerah Bachok?

Kaunter Pelawat

Today13
Yesterday23
This week129
This month445
Total7479

2024-04-20
  • Kemaskini Terakhir: Tuesday 26 March 2024, 12:13:36.
© Copyright 2024 Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam.
All Rights Reserved.

Search