Anda Ada Pertanyaan? Klik Sini
enms
      Warna1   Warna2   Warna3      
A- A A+
seperator2 faq3 seperator2 Hubungi Kami2 seperator2 maklumbalas3 seperator2 petalaman3 seperator2

Star InactiveStar InactiveStar InactiveStar InactiveStar Inactive

1. Definisi Cukai Taksiran dan siapa dan mengapa dikenakan

Apa dia cukai taksiran

  • Cukai taksiran atau cukai pintu amnya dikenakan kepada semua pegangan (harta) yang terletak didalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah Bachok. Ianya merupakan cukai keatas perkhidmatan Bandar yang disediakan secara langsung kepada pemilik-pemilik peganagn (harta) di kawasan Majlis, sebagaimana AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976, AKTA 171.

Apakah asas yang digunakan dalam mengenakan cukai taksiran ke atas sesuatu pegangan (harta)

  • Ada dua asas yang diperuntukan oleh perundangan (Akta Kerajaan Tempatan 1976) iaitu "nilai tahunan" dan "nilai tambahan". Pengunaan antara dua asas taksiran ini adalah terletak kepada pilihan Penguasa Tempatan itu sendiri setelah mendapat persetujuan dari Pihak Berkuasa Negeri.

Siapa yang patut membayar cukai taksiran

  • Tuan punya pegangan
  • Penyewa (sekiranya perjanjian kepada penyewa)

Mengapa dikenakan cukai taksiran ]

  • Sesuatu pegangan (harta) itu dikenakan cukai taksiran apabila terletak dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan. Sebagaimana AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976.
  • Sebahagian dari percukaian negara yang dikenakan kepada rakyat didalam sesuatu kawasan PBT.

2. Kategori harta-harta yang dekenakan dan dikecualikan

Apakah pegangan (harta) yang boleh dikenakan cukai taksiran

  • Menurut syeksyen 2 Akta Kerajaan Tempatan 1976, pegangan (harta) bererti mana-mana tanah yang ada atau tidak ada bangunan diatasnya, yang dipegang dibawah satu hakmilik yang berasingan dan mengenai bangunan-banguna yang pecah bahagi, artinya harta bersama dan mana-mana petaknya. Antaranya;

    * Rumah Kediaman
    * Rumah Kedai
    * Ban Tembakau
    * Kilang-kilang
    * Panggung Wayang
    * Hotel
    * Stesen Minyak
    * Lain-lain premis kekal dan separa kekal

Apakan pegangan (harta) yang dikecualikan dari dikenakan cukai taksiran

  • Tempat awam untuk sembahyang
  • Tanah perkuburan atau krematorium awam yang berlesen
  • Bagi sekolah awam
  • Tempat awam bagi maksud khairat atau bagi maksud sains, sastera atau seni halus.
  • Dengan ertikata lain ialah pegangan (harta) yang dibina bukan untuk perniagaan.
Image

Majlis Daerah Bachok, Bandar Pelancongan Islam
16300 Bachok,
Kelantan Darul Naim
Tel : 09 - 7787636
Faks : 09 - 7789533
e-mel : mdbachok@kelantan.gov.my

Undian Anda

Adakah anda berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pihak Majlis Daerah Bachok?

Kaunter Pelawat

Today54
Yesterday69
This week54
This month2479
Total41554

2021-06-21
  • Kemaskini Terakhir: Sunday 04 April 2021, 08:46:12.
© Copyright 2021 Majlis Daerah Bachok Bandar Pelancongan Islam.
All Rights Reserved.

Search

SEO